Sunday 15 January 2012

HatiLuka

Hati merupakan satu benda yang sangat unik
Senang untuk terluka
Sukar untuk dirawat

Ia tidak memerlukan objek tajam untuk membuatnya terluka
Cukup dengan kata-kata atau tingkah laku

Ia juga tidak boleh dirawat dengan menampal plaster mahupun menyapu ubat
Hanya boleh mengambil ubat penahan sakit dan membiarkan waktu merawatnya

Hati yang luka perlu dijaga dengan baik agar tidak tersentuh
Kerana ia akan menambahkan pedih
Tetapi bagi sesetengah orang luka di hati sama seperti luka-luka yang lain
Suka dikopek walaupun ianya pedih

Masa yang diambil bagi luka itu sembuh bergantung pada masa dan bagaimana ianya dijaga
Lebih dalam sesuatu luka itu
Lebih lama masa yang diambil

Sunday 8 January 2012

KataHatiAtauKataAkal

Hari ini aku sedar tak semua kata hati boleh dipercayai
Hari ini aku sedar tak semua kata akal boleh ditolak

Jangan kita gentar untuk menidakkan kata-kata hati semata-mata takut dikecewakan
Jangan kita gentar untuk mengiyakan kata-kata akal walaupun ianya sukar diterima

Berfikirlah melalui kedua-duanya dan buatlah keputusan yang  terbaik
Tidak perlu takut jika keputusan yang dibuat salah kerana ianya akan menjadikan kita lebih kuat

Segeralah memaafkan kesalahan insan lain kerana manusia tidak lari dari kesilapan
Mungkin juga esok kita melakukan kesalahan yang sama dan berharap mendapat kemaafan
Tidak perlu menyalahkan sesiapa kerana itu semua lumrah dunia

Saturday 7 January 2012

BermulaEpilogBlog

Manusia masing-masing mempunyai pemikiran dan pendirian yang berbeza
Namun bagiku aku tidak mempunyai pendirian dan pemikiran yang tetap
Ini kerana aku masih mencari-cari bagaimana cara menjalani kehidupan yang penuh liku
Apa yang aku mampu lakukan disini hanyalah berkongsi pandangan
Tidak semua yang akan aku kongsikan adalah benar kerana aku sendiri masih dalam perjalanan untuk memperbaiki diri

Dalam mempelajari erti hidup sebenar, pengalaman merupakan calon guru yang terbaik
Jadi kita tidak perlu takut untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tidak kira latar belakang mahupun gaya hidup
Kerana setiap manusia itu ada kelemahan dan kekuatan
Apa yang kita perlu hanyalah melalui pengalaman hidup bersamanya
Mempelajari setiap kekuatan yang ada
Memperbaiki kelemahan bersama-sama